fbpx
KOUNDE (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan selepas meledak dua gol memastikan kemenangan Barcelona. - AFP

Keyakinan Barcelona makin melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Pengendali Barcelona, Hansi Flick percaya peluang untuk pasukan meraih slot automatik ke pusingan kalah mati kembali cerah selepas menewaskan Eintracht Frankfurt 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Camp Nou itu, pemain pertahanan, Jules Kounde muncul wira pasukan selepas meledak dua gol untuk memastikan The Catalans mengutip 10 mata selepas mengharungi enam perlawanan.

Menurut Flick, pasukan kini terdesak untuk memburu enam mata maksimum dalam dua perlawanan terakhir peringkat liga untuk berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik.

“Kami kena fokus satu demi satu perlawanan pada satu masa terutama dalam saingan UCL yang sangat sukar. Sasaran pasukan jelas, kami mahu habiskan peringkat kumpulan dengan enam mata penuh.

“Secara peribadi, kami sentiasa bermain untuk menang tetapi perasaan melakar keputusan positif di Camp Nou sangat menarik. Sorakan penyokong beri tenaga tambahan untuk kami,” katanya.

Sementara itu, Flick turut memuji Frankfurt yang memberikan saingan sengit buat pasukan sepanjang 90 minit perlawanan.

“Frankfurt pasukan yang penuh dinamik dan laju. Mereka bertahan dengan sangat baik, langsung tidak membuka bagi ruang buat kami beraksi seperti biasa.

“Saya harap beberapa kelemahan seperti hantaran yang kurang tepat dapat diperbaiki walaupun kita berjaya mengawal perlawanan ini dengan baik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI