fbpx
JINQ EN

Sukan SEA: Pendedahan berharga pelapis renang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD pelapis renang negara berada pada landasan meyakinkan menjelang Sukan SEA Bangkok apabila barisan muda menunjukkan peningkatan konsisten sejak memasuki fasa latihan intensif pada September lalu.

Ketua jurulatih kebangsaan, Eric Anderson berkata, suasana latihan semakin berintensiti tinggi dengan semua perenang mempamerkan komitmen terbaik ketika menghampiri temasya dwitahunan berprestij itu.

“Semua atlet kelihatan sangat baik. Memang ada tenaga dan semangat berbeza apabila kita semakin hampir dengan Sukan SEA dan atlet di Pusat Latihan Kebangsaan memberikan usaha terbaik. Sejak September, kami lihat usaha yang sangat baik daripada semua atlet,” katanya.

Beliau turut melihat keseimbangan dalam skuad kali ini dengan gabungan perenang senior seperti Khiew Hoe Yean, Phee Jinq En, Arvin Shaun, Ananda Yin Chuen Lim dan Terence Ng bersama barisan pelapis yang bakal membuat penampilan pertama di pentas Sukan SEA.

“Kita ada kumpulan perenang berpengalaman yang sentiasa memberikan prestasi baik apabila berlumba di peringkat antarabangsa.

“Pada masa sama, kita ada ramai pelapis yang akan ke Sukan SEA buat kali pertama. Untuk mereka, kami mahu lihat prestasi baik tetapi juga bagaimana mereka mengendalikan suasana pertandingan besar,” ujarnya.

Anderson berkata pendedahan di Bangkok adalah ujian sebenar bagi menilai daya tahan mental dan kemampuan pelapis mengendalikan tekanan, meskipun mereka telah melalui banyak persediaan khusus dalam latihan.

Skuad renang kebangsaan dijadual memulakan aksi pada Rabu depan, membuka tirai kepada pentas penting dalam menilai hala tuju serta masa depan pembangunan sukan renang negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI