fbpx
Gambar hiasan.

Impian jadi kaya lebur, lelaki melopong duit RM310,000 dikebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Impian seorang lelaki mahu jadi cepat kaya bertukar mimpi ngeri apabila kerugian RM310,000 selepas diperdaya taktik licik sindiket pelaburan dalam talian.

Mangsa yang berusia 47 tahun itu mengharapkan keuntungan lumayan, tergoda selepas tertarik dengan iklan pelaburan di YouTube pada September lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, suspek menghubungi mangsa melalui WhatsApp dan memperkenalkan satu aplikasi pelaburan yang menjanjikan pulangan 10 hingga 30 peratus daripada modal.

“Mangsa yang bergantung sepenuhnya kepada simpanan hidupnya melakukan 17 transaksi pembayaran modal antara 10 November hingga 5 Disember lalu, dengan jumlah keseluruhan RM310,000.

“Paparan dalam aplikasi menunjukkan pelaburan meningkat kepada lebih RM2.5 juta sekali gus membutakan mangsa daripada menyedari bahawa ia hanyalah penipuan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, ketika cuba mengeluarkan keuntungan, ia bertukar mimpi ngeri susulan suspek tiba-tiba meminta yuran tambahan sebanyak RM382,811.60 bagi membolehkan pengeluaran dilakukan.

Jelasnya, menyedari dirinya telah ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, di sini semalam.

Raiz Mukhliz berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI