fbpx
PENDUDUK tempatan berpindah susulan pertempuran di sempadan Kemboja-Thailand dalam wilayah Preah Vihear hari ini. – AFP 

Thailand, Kemboja diminta bertenang, kekalkan komunikasi terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan serius terhadap laporan pertempuran bersenjata antara pasukan Thailand dan Kemboja di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Anwar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban atau cedera dalam insiden terbaharu itu.

“Pertempuran yang tercetus semula ini boleh menjejaskan usaha yang telah lama dibina untuk menstabilkan hubungan dua jiran berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Anwar, Thailand dan Kemboja merupakan rakan rapat Malaysia dan memainkan peranan penting dalam ASEAN, justeru kedua-dua pihak digesa menunjukkan tahap bertenang setinggi mungkin serta mengekalkan komunikasi terbuka.

“Kami menggesa semua mekanisme sedia ada digunakan sepenuhnya. Malaysia bersedia membantu apa sahaja langkah bagi memulihkan keadaan dan mengelakkan insiden lanjut,” katanya.

Beliau menegaskan rantau ini tidak mampu membiarkan pertikaian lama berubah menjadi kitaran konfrontasi.

“Keutamaan segera ialah menghentikan pertempuran, melindungi orang awam dan kembali kepada meja diplomasi berlandaskan undang-undang antarabangsa serta semangat kejiranan yang menjadi asas ASEAN,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI