fbpx
KHANH PHONG menjadi sandaran Vietnam untuk memburu pingat emas pada temasya edisi kali ini. - AFP

SUKAN SEA: Gimnas Vietnam buru dua emas di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANOI – Skuad gimnastik Vietnam tiba di Bangkok dengan satu misi jelas iaitu mengutip sekurang-kurangnya dua pingat emas sekali gus mengekalkan status sebagai kuasa tradisi rantau ini pada Sukan SEA ke-33.

Meskipun temasya kali ini menggugurkan acara berpasukan iaitu acara yang sering menjadi lubuk emas buat Vietnam, barisan jurulatih tetap optimis kerana mereka kini memberi tumpuan penuh kepada 10 atlet teras yang sedang berada pada fasa kemuncak prestasi.

Jurulatih pasukan, Truong Minh Sang menegaskan semua atlet telah melalui tiga saingan antarabangsa musim ini sebagai persiapan mental dan teknikal.

“Kami menyesuaikan intensiti pertandingan mengikut fasa bagi memastikan kekuatan fizikal, kestabilan teknik dan keyakinan berada di tahap terbaik,” katanya.

Tumpuan acara lelaki terarah kepada tiga bintang utama iaitu Nguyen Van Khanh Phong, Dinh Phuong Thanh dan Dang Ngoc Xuan Thien dengan Thien hadir sebagai harapan terbesar selepas merangkul emas di Challenge Cup serta gangsa di Kejohanan Asia.

“Saingan di Bangkok sangat sengit, terutama dari Malaysia dan Filipina, tetapi kami mahu mempertahankan emas di acara pommel horse. Seluruh pasukan sudah bersedia,” tegas Thien.

Dalam kategori wanita, Vietnam mengharapkan magis Nguyen Thi Quynh Nhu, pemenang perak vault Kejohanan Asia yang kini muncul prospek emas paling realistik sekali gus menamatkan penantian panjang gimnastik wanita negara itu di pentas Sukan SEA.

Dengan barisan mantap, latihan intensif dan peningkatan nilai kesukaran rutin, gimnastik Vietnam percaya mereka bukan sahaja mampu mencapai sasaran dua emas di Sukan SEA, malah menjadikannya batu loncatan penting menuju Kejohanan Dunia 2025, selain membina laluan lebih kukuh ke Olimpik 2028. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN