fbpx
Rosli (dua dari kiri) menunjukkan laporan polis berhubung aduan Ahmad di pekarangan IPD Kemaman hari ini.

Konflik Felda, Terengganu: Ahmad Said nafi sebelahi kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan kononnya beliau bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Terengganu menyita 15,000 tanah ladang Felda di negeri tersebut.

Sebaliknya bekas Menteri Besar Terengganu itu mendakwa kenyataannya telah dilapor secara salah sehingga dimanipulasi pihak tertentu dalam media sosial untuk kepentingan politik.

Setiuausaha UMNO Bahagian Kemaman, Rosli Ahmad berkata, tindakan tersebut bukan sahaja menjejaskan nama baik Ahmad sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO malah dilihat sebagai cubaan mengeruhkan hubungan antara parti dalam kerajaan Madani.

“Laporan yang ditulis dalam media itu tidak benar. Pengamal media terlibat telah membuat permohonan maaf,” katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini hari ini

Terdahulu Ahmad didakwa kononnya bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Terengganu mengeluarkan notis pencerobohan terhadap Felda ekoran kegagalan menjelaskan bayaran premium dan cukai tanah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI