fbpx
FAISAL Halim (tengah) menghasilkan jaringan pertama Selangor FC untuk tewaskan Penang FC 5-1, semalam. - SFC

Gamel masih dipalit kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pengendali Selangor FC, Christophe Gamel masih dihimpit perasaan bercampur baur walaupun berjaya membelasah Penang FC 5-1 di Stadium Bandaraya, semalam.

Walaupun gembira dengan kualiti dipamerkan ketika menyempurnakan peluang dicipta, Gamel mengakui pemain masih belum matang sepenuhnya hingga terpaksa akur bolos satu gol.

“Sudah pasti ini adalah keputusan yang bagus dimana kami menjaringkan banyak gol tetapi saya tetap kecewa dengan cara kami melepaskan jaringan kepada pasukan lawan. Ada ketika perkara kecil mampu menghukum kami.

“Namun kami masih muda, masih berada dalam proses dan kurang matang. Ini yang paling penting dalam pertandingan tertinggi dan sebab itu pentingnya ada pemain senior,” katanya.

Pada perlawanan itu, Chrigor Moraes merakam hatrik diikuti satu gol daripada Faisal Halim dan Picha Autra manakala jaringan tunggal Penang FC diledak Tchetche Kipre.

Dalam masa sama, Gamel menjelaskan tanggungjawabnya kini akan lebih tertumpu kepada menyiapkan pasukan dengan lebih baik bagi membolehkan The Red Giants tampil lebih konsisten dalam setiap perlawanan.

“Kali ini kami memiliki banyak peluang dan paling penting sekurang-kurangnya kami mampu memanfaatkannya. Kami tahu adakalanya kami berada dalam situasi sukar dan tidak konsisten, jadi saya pasti akan cari jalan penyelesaian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN