fbpx
Jenazah Suzaimah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lebir, Gua Musang, sebentar tadi. Foto AIMUNI TUAN LAH

Jenazah Suzaimah selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Jenazah wanita yang maut bersama bakal suaminya selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring, Kuala Berang dekat Terengganu, semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lebir, di sini sebentar tadi.

Van membawa jenazah Suzaimah Che Azis, 34, tiba di rumah keluarganya di Kampung Lebir, di sini kira-kira pukul 8.45 malam sebelum disembahyangkan.

Van itu kemudian membawa jenazah Suzaimah ke tanah perkuburan pada pukul 9.07 malam sebelum disemadikan kira-kira pukul 9.26 malam.

‎Lebih 50 ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk kampung hadir untuk membantu urusan pengebumian termasuk mengangkat jenazah.

Dalam kemalangan pukul 5.30 petang semalam itu, Hassan Shazali, 52, yang juga seorang guru, dan Suzaimah meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, Hassan dan Suzaimah dikatakan dalam dalam perjalanan pulang ke Gua Musang, Kelantan selepas dipercayai menghadiri urusan di Kuala Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN