fbpx
Albert Tei ketika sidang akhbar di pekarangan Mahkamah Shah Alam, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

Saya tiada hubungan rapat, politik dengan Tun M- Albert Tei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM- Ahli perniagaan, Albert Tei menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad susulan pertemuan dengan Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu di Yayasan Perdana, Putrajaya minggu lalu.

Menurut Albert, pertemuan itu adalah bagi mendapatkan pandangan berkaitan kes membabitkan dirinya dan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

“Semalam saya baru tengok media sosial menggunakan telefon isteri. Telefon saya berada dalam simpanan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Bila buka media sosial, terkejut kerana ramai yang membuat pelbagai andaian (termasuk kepentingan politik dengan Tun Mahathir).

“Jadi saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik terhadap Tun Mahathir. Tun juga tiada kepentingan politik ke atas saya,” katanya pada sidang akhbar di pekarangan mahkamah di sini hari ini.

Albert berkata, dia mengambil keputusan bertemu Tun Mahathir atas saranan seorang rakan setelah menceritakan kejadian yang berlaku terhadap dirinya dan Shamsul Iskandar sebelum pertemuan tersebut diaturkan oleh rakannya.

“Nasihat Tun mudah sahaja. Ambil tindakan (buat video pendedahan kesnya dengan Shamsul Iskandar). Atas nasihat itu, saya buat video pendedahan kes ini dan kes membabitkan pemimpin politik di Sabah (permohonan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah).

“Sebabnya sebelum ini saya pernah dapat ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali,” ujarnya.

Terdahulu, Albert Tei mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberi rasuah RM64,924 yang dimasukkan melalui akaun bank milik seorang wanita bagi tujuan bayaran sewa rumah kepada Shamsul Iskandar sebagai dorongan membantu syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan kepadanya mendapat kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI