fbpx
Gambar hiasan

Keperluan kewangan berkaitan tanah Felda telah dilunaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kerajaan Persekutuan menegaskan semua keperluan kewangan berkaitan tanah Felda telah dilunaskan dan dibayar sebelum ini, namun wujud beberapa perkara yang tidak disusuli oleh kerajaan negeri.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketika ini, kerajaan sedang menunggu tindakan lanjut daripada Kerajaan Negeri bagi memastikan proses penyelesaian berjalan lancar.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penjelasan mengenai isu tanah Felda yang ada pertikaian dengan pihak kerajaan negeri.

“Perdana Menteri menyatakan bahawa semua keperluan berkaitan tanah Felda telah dilunaskan dan dibayar sebelum ini, tapi ada beberapa perkara yang tidak disusuli oleh kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) Tahun 2025 di sini hari ini.

Katanya, pertemuan antara Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Kerajaan Negeri Terengganu juga akan diadakan petang ini bagi menyelesaikan isu tertangguh serta memperkemas mekanisme pelaksanaan.

“Pertemuan itu bertujuan memastikan apa yang telah Kerajaan Persekutuan lunaskan kini perlu disusuli oleh pihak Kerajaan Negeri. Itu sangat penting,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN