fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, angin kencang landa hampir seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir hampir seluruh negara termasuk Kuala Lumpur, Kelantan serta Terengganu.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga 5 petang ini.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Amaran ribut petir dijangka berlaku di Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Perak melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim,” katanya.

MetMalaysia berkata, amaran ribut petir diramal di Kelantan melibatkan Kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh manakala di Terengganu adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Katanya, cuaca buruk juga dijangka melanda Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong serta Selangor di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Limbang (Lawas),” katanya.

Turut terlibat adalah Sabah dimana kawasannya yang terkesan adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN