fbpx
ANGGOTA bomba mengeluarkan seorang lelaki yang cedera apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 60 meter dalam kejadian di Batu 13, Jalan Pahang, Tapah pada pukul 11.42 malam semalam. - FOTO IHSAN JBPM PERAK

Ford Ranger masuk gaung sedalam 60 meter, lelaki nyaris maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Seorang lelaki berumur 32 tahun nyaris maut apabila gagal mengawal sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger sebelum terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 60 meter dalam kejadian di Batu 13, Jalan Pahang di sini pada pukul 11.42 malam semalam.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Ketua operasi bertindak melaksanakan penilaian situasi seterusnya mengaplikasikan Konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan sistem takal dan pengusung bagi mengeluarkan mangsa yang cedera.

“Mangsa berjaya dikeluarkan daripada kenderaan itu kemudiannya dibawa naik dan diserahkan pada pihak hospital terdekat untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Lokasi tersebut yang curam dan berbukit berisiko untuk kenderaan mengalami kemalangan termasuk terjunam ke dalam gaung lagi-lagi permukaan jalan yang licin selepas hujan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI