fbpx
Tangkap layar kejadian kemalangan di Lebuh Raya Guthrie, Kilometer 13.7 arah Rawang, semalam.

Dua pelajar sekolah ‘melayang’ selepas motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Dua remaja lelaki cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Guthrie, Kilometer 13.7 arah Rawang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan selepas satu rakaman video kejadian itu tular di media sosial pada kira-kira pukul 8.15 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dan rakannya dalam perjalanan pulang dari Elmina West menuju ke rumah selepas tamat sesi persekolahan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai menekan brek secara mengejut sebelum gagal mengawal motosikal, menyebabkan mereka berdua terbabas sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, kedua-dua pelajar berkenaan tercampak ke atas jalan raya dan mengalami kecederaan pada muka serta kaki.

“Mereka kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Muhammad Piddie Firdaus Renjis di talian 013-8322290 atau Bilik Gerakan IPD Sungai Buloh di talian 03-61561222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN