fbpx
Antara kain rentang yang dipasang penduduk Kampung Derdap, Pengkalan Kubor sebagai tanda protes terhadap pembinaan PLSB Sungai Golok. FOTO IHSAN AMRIE IST

Penduduk protes projek tebatan banjir, jadi punca air bertakung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Tertekan dengan masalah air banjir bertakung akibat daripada Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok, penduduk di Kampung Derdap, Pengkalan Kubor di sini memasang kain rentang sebagai tanda protes.

Lima kain rentang dengan tulisan Projek Menyusahkan Rakyat, Banjir#LubangAir, Tolonglah Bantu Kami PMX, Jalan Maut dan Sungguh Malang Nasib Kami dipasang di kampung itu tular di media sosial.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Mat, 60, berkata, penduduk memasang kain rentang itu selepas kecewa dengan sikap pemimpin tempatan yang dilihat seperti tidak peduli keadaan tersebut.

“Kawasan ini setiap tahun dilanda banjir. Apabila projek tebatan dijalankan pada 2022, kami berdepan dengan masalah banjir termenung yang teruk. Selain itu, pembinaan PLSB juga sangat perlahan dan penduduk di sini berharap ia tidak terbengkalai,” katanya.

Mat memberitahu, selain banjir termenung, penduduk turut berdepan masalah jalan rosak yang menjejaskan rutin harian mereka.

Kosmo! pada 30 Disember 2023 melaporkan, penduduk di 10 buah kampung yang terletak di pinggir Sungai Golok dekat Pengkalan Kubor di sini mendesak kerajaan membina pembetung di tiga lokasi sepanjang kawasan PLSB Sungai Golok.

Penduduk mendakwa, ketiadaan pembetung itu telah menyekat aliran air keluar sekali gus menyebabkan penduduk Kampung Simpangan, Bendang Pak Yong, Jejulok, Kajang Sebidang dan sekitar berdepan masalah banjir termenung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI