fbpx
Gambar hiasan.

Baca iklan di Facebook, masuk skim rugi lebih RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang pegawai bank yang rambang mata mahu mengaut keuntungan berganda mengalami kerugian RM50,692 akibat diperdaya skim pelaburan tidak wujud.

Mangsa yang menyedari tertipu telah membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md. Sani Md. Saleh berkata, pada mulanya, pegawai bank itu tertarik dengan iklan skim pelaburan yang dilihatnya di laman Facebook pada 23 November lalu.

“Skim pelaburan tersebut kononnya menawarkan keuntungan tinggi dalam masa singkat. Mangsa kemudiannya membayar modal pelaburan berjumlah keseluruhan RM50,692,” katanya di sini hari ini.

Md. Sani berkata, pembayaran berkenaan dilakukan secara berperingkat ke dalam tujuh akaun bank yang diberi suspek.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI