fbpx
Tular gambar seorang mentua membonceng menantunya ke Upacara Konvokesyen Ke-63 USM, baru-baru ini. Foto USM OFFICIAL

‘Mentua hebat, bonceng menantu ke konvo’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Tindakan seorang penunggang motosikal wanita membonceng seorang graduan ke Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, sehingga gambar mereka tular di media sosial telah membuat ramai pengguna tersentuh hati.

Momen wanita warga emas bersama graduan wanita dipercayai ketika dalam perjalanan menuju ke Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM itu berjaya dirakam seorang individu sebelum dimuat naik di satu laman sosial Facebook.

Rata-rata pengguna meninggalkan komen balas yang positif dan memuji tindakan graduan terbabit yang sanggup membonceng motosikal dalam keadaan mengenakan jubah konvokesyen dan ‘mortar board’.

“Kenangan terindah. Semoga adik mudahnya rezeki,” tulis Eling Koay.

“Moga sukses selalu buat anakanda dalam gambar ini. Ingat dik, lepas ni dah masuk bidang kerjaya utamakan ibumu dan keluargamu dulu. Lepas itu baru orang lain,” balas Mohd. Hairi Mharryz.

“Jarang waris pelajar USM nak datang naik motosikal masa hari konvokesyen. Terbaik dik. Semoga berjaya dunia akhirat,” komen Sarah Balqis.

“Tahniah…nanti dah kerja mesti power sebab sanggup redah apa jua arahan yang diberikan,” ujar Marshita Othman.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook dengan nama Rokhiyah Yah pula membalas, ‘Terima kasih. Mak cik lah yang bonceng menantu. Sebab suami dia tak boleh ‘pi’ dekat dah, ‘parking’ penuh. Usaha dia berjaya juga ke menara gading. Mak cik bagi semangat sahaja,” ujarnya.

“Alhamdulillah…mak cik mentua yang hebat. Tahniah menantu dah graduasi,” tulis Hnyes Esluv. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI