fbpx
Gambar dari udara yang dirakam pada 26 November lalu menunjukkan banjir menenggelamkan kenderaan di Hatyai, wilayah Songkhla. - AFP

80 peratus penduduk Hatyai pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Kira-kira 80 peratus penduduk Hatyai pulang ke rumah masing-masing dan menilai kerosakan akibat banjir dahsyat minggu lalu, lapor akhbar The Straits Times semalam.

Setakat semalam bersamaan sembilan hari selepas banjir besar menenggelamkan Hatyai, paras air terus surut, manakala bandar itu memasuki fasa pemulihan dan pembersihan sepenuhnya.

Perdana Menteri Anutin Charnvirakul mengarahkan pemindahan segera barang-barang dan sisa yang rosak, dengan menetapkan sasaran  penduduk mesti dapat pulang ke rumah dalam tempoh tujuh hari. Hatyai juga mesti dibersihkan sepenuhnya dalam tempoh 14 hari.

Wartawan yang meninjau tempat perlindungan sementara di Universiti Prince of Songkla (PSU) menyatakan, lebih 10,000 mangsa banjir berlindung di sana sebelum ini.

Setakat semalam, sejumlah penduduk masih berada di situ tetapi ramai yang  mula pulang ke rumah masing-masing. Pusat itu akan memindahkan mangsa ke  tapak pemindahan Ban Phru-Wat Thep Chum Num hari ini.

Pada pagi semalam, mangsa banjir dilihat bersarapan, dengan ada yang menunggu saudara-mara untuk menjemput mereka.

Ramai yang bimbang tentang di mana mereka akan tidur sebaik pulang ke rumah kerana kediaman belum dibersihkan. 

Sesetengah penduduk pula mendapati mereka tidak mempunyai rumah apabila cuma rangka yang tinggal.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk terus berjuang lagi. Saya sudah tua, tahun ini adalah yang paling teruk. Rumah saya hanya tinggal rangka,” kata seorang nenek berusia 79 tahun.

Hatyai merupakan daerah yang paling teruk terjejas banjir  di selatan Thailand melibatkan lebih 226,000 isi rumah dan 406,823 orang. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI