PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan negeri Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 10 pagi.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor.
“Selain itu, amaran hujan berterusan turut dikeluarkan untuk kawasan Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri) di Sarawak,” katanya.
Bagi Sabah, hujan turut diramal di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran termasuk Labuan. –KOSMO! ONLINE














