fbpx
Saarani menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

eADN platform digital bersepadu Ahli Dewan Negeri Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kerajaan negeri Perak melancarkan Sistem Maklumat Ahli Dewan Negeri (eADN) iaitu satu platform bersepadu merekod dan menguruskan maklumat Ahli Dewan Negeri sedang berkhidmat dan telah bersara yang boleh diakses bermula 1 Januari 2026.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, eADN berperanan sebagai mekanisme semua urusan permohonan Ahli Dewan Negeri, pesara atau waris dapat dilaksanakan secara atas talian dengan lebih teratur.

“Pendekatan ini membantu menjimatkan masa, meningkatkan ketepatan maklumat serta mengurangkan kebergantungan kepada proses manual.

“Pengguna sistem ini terdiri daripada Bahagian Dewan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan sebagai pemilik sistem, Bahagian Digital sebagai pengurus teknikal, manakala Menteri Besar, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Dewan Negeri, pesara Ahli Dewan Negeri dan waris sebagai pengguna,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Katanya lagi, platform itu mempunyai sistem keselamatan teruji dengan tahap akses berperingkat yang mengawal proses pengurusan data, semakan dan pengesahan maklumat selaras bagi memastikan setiap permohonan dapat diproses dengan lebih tersusun dan terjamin.

“Sistem eADN menyediakan beberapa modul utama antaranya Modul Maklumat Peribadi, Kemudahan Perubatan, Pengecualian Cukai Jalan, Borang-borang, Pusat Khidmat (GIS) dan Pengumuman bagi pengguna sistem. Pemilik sistem pula, boleh mengakses Modul Kenyataan Perkhidmatan, Pencen dan Ganjaran, Pentadbiran Sistem serta modul berkaitan Urusan Pengumuman. Platform itu boleh diakses melalui pautan eadn.perak.gov.my,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN