fbpx
Pocong jadian ditangkap selepas polis menerima aduan penduduk. - Polis Koja

Polis tangkap ‘pocong’ berkeliaran takutkan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Tiga penghibur jalanan di Koja, Jakarta Utara ditangkap polis selepas memakai kostum pocong dan berkeliaran di jalanan sehingga menakutkan orang ramai, lapor akhbar Kompas.

Ketiga-tiga remaja lelaki dikenali sebagai FS, 15, RA, 11 dan MZA, 19, berpakaian seperti itu pada waktu malam untuk menghiburkan orang ramai.

Sebaliknya, tindakan mereka mencetuskan keresahan sehinggakan seorang wanita dilaporkan pengsan akibat terkejut.

Susulan kejadian itu, penduduk membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan mereka.

“Polis menahan tiga penghibur jalanan memakai kostum pocong selepas menerima aduan daripada penduduk,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Koja, Polis Jakarta Utara, Asisten Komisioner Fernando.

Ketiga-tiga remaja itu kemudian diarah menulis surat janji yang mengatakan ikrar untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut sebelum mereka dibebaskan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN