fbpx
Ikan PB yang berjaya dipancing di Tasik Saujana Putra dan Serendah.

Peacock bass merata di sekitar Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IKAN PB yang pada mulanya dijadikan hiasan akuarium kerana warnanya yang menarik, kini boleh ditemui dengan mudah dalam tasik-tasik di Selangor..

Spesies ini juga senang membiak dan merupakan ikan yang kuat makan sehingga ada pemilik yang mungkin melepaskan ke tasik kerana tidak mampu menjaganya lagi.

PB merupakan pemangsa rakus, membaham apa sahaja yang boleh masuk ke dalam mulutnya.

Oleh sebab itu, ia menjadi buruan pengilat. Penggunaan gewang seperti popper, gewang selaman dalam, soft plastic dan spinfly antara pilihan utama gewang.

Lokasi
Tasik Alam Suria yang terletak di Puncak Alam merupakan salah satu lokasi tumpuan pemancing untuk memburu PB.

Di sini, ikan agak frenzy pada waktu pagi, dan sangat galak membantai gewang. Namun kebanyakan saiznya sekitar 30 sentimeter (sm).

PB di Tasik Alam Suria, Puncak Alam.

Tasik Kiambang di Serendah yang luas turut didiami pelbagai spesies ikan lain seperti toman, sebarau dan patin.

Di lokasi ini, PB juga sangat banyak. Lontar sahaja umpan bulu menggunakan teknik Carolina rig (spinfly) di bahagian tepi tasik, pasti ada sambaran.

Selain itu, Tasik Saujana Putra yang luas turut menja­di tempat PB membiak. Saya hanya menebing, tetapi tetap mendapat banyak sambaran PB bersaiz tiga jari.

Di tasik ini jugalah saya berjaya menaikkan dua ekor induk bersaiz sekitar 40sm.

Seterusnya, Universiti Selangor di Bestari Jaya mempunyai banyak lombong yang menjadi habitat sesuai untuk PB. Purata PB yang saya dapat di sini sekitar 35sm.

Selain empat lokasi yang selalu saya terjah ini, terdapat banyak lagi tasik yang turut dihuni oleh ikan pendatang seperti Tasik Biru Kundang, Tasik Cahaya SPK dan Tasik Puchong Prima.

Ikan sukan
Pada pendapat saya, walaupun PB merupakan ikan pendatang yang boleh memberi kesan negatif kepada ekosistem, namun ada kebaikan tertentu jika spesies ini diurus dengan betul terutama sebagai ikan sukan (gamefish).

Saya turut menggalakkan peman­cing untuk tidak melepaskan iikan itu semula kerana sedap dimakan.

Ini sedikit sebanyak dapat membantu mengawal populasinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN