PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat awal berhubung satu ribut tropika yang dikesan pada kedudukan Latitud 4.5° Utara dan Longitud 97.9° Timur.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, fenomena itu dijangka bergerak ke arah barat daya dengan kelajuan sekitar sembilan kilometer sejam, selain mampu menghasilkan tiupan angin maksimum sehingga 83 kilometer sejam.
“Keadaan tersebut boleh mencetuskan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora terutama di negeri-negeri utara Semenanjung,” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa bersiap siaga dan mengikuti perkembangan terkini berkaitan cuaca melalui laman web MetMalaysia, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi, serta talian hotline 1-300-22-1638. – KOSMO! ONLINE














