LUMUT – Dua pantai peranginan di sini iaitu Pantai Teluk Batik dan Teluk Senangin ditutup kepada orang awam bermula hari ini sehingga satu tarikh dimaklumkan kelak.
Majlis Perbandaran Manjung dalam kenyataannya memberitahu, kedua-dua pantai itu ditutup ekoran keadaan laut bergelora dan ombak deras disebabkan oleh cuaca semasa.
“Sehubungan itu, semua aktiviti laut dan rekreasi di kawasan ini dihentikan sementara waktu sehingga keadan kembali selamat.
“Bermula hari ini 25 November 2025 sehingga dimaklumkan kelak,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, tular rakaman video menunjukkan laut bergelora di Teluk Batik, bahkan permukaan pantai di kawasan peranginan itu turut musnah akibat ombak yang kuat. – KOSMO! ONLINE















