fbpx
Siong Fui melawat lokasi peperiksaan anak bongsunya di SMK Tuanku Abdul Rahman Gemas.

Guru tunai janji, teman anak bongsu ambil SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Guru kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Lim Siong Fui menunaikan janji kepada anak bongsunya, Lim Yi Hen, 17, untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang bermula hari ini.

Siong Fui, 57,  berkata, janji sebagai galaka  dan motivasi itu dibuat empat tahun lalu sewaktu pandemik Covid-19 yang mana semua pelajar terpaksa mengikut pembelajaran secara dalam talian di rumah.

“Jadi tahun ni, saya hadir sebagai calon persendirian untuk menduduki SPM bagi subjek Matematik pada 1 Disember dan Matematik Tambahan pada 15 Disember ini.

“Saya menduduki peperiksaan 39 tahun lalu. Tahun ini saya ambil SPM di SMK Gemas, manakala, anak pula di SMK Tuanku Abdul Rahman,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Siong Fui berkata, mereka berdua kadangkala mengulang kaji pelajaran bersama dan beliau bukan satu-satunya warga pendidik yang menduduki SPM.

“Saya difahamkan, terdapat pengetua sekolah yang saban tahun menduduki SPM bagi subjek Matematik. Jika dahulu saya dapat keputusan A1 bagi Matematik dan A2 bagi Matematik Tambahan, kini cabaran untuk mendapat keputusan terbaik juga amat besar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN