fbpx
Tangkap layar video yang tular sejak semalam memaparkan seorang gelandangan disiram dan ditendang oleh dua individu di kaki lima cawangan AmBank di Taman Maluri.

AmBank kesal, perjelas video tular siram air dan sepak gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kumpulan AmBank (AmBank) hari ini menyatakan kekesalan berhubung video tular video memaparkan seorang lelaki dipercayai gelandangan disiram air dan ditendang di pekarangan cawangannya di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

AmBank dalam satu kenyataan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai insiden yang melibatkan seorang pengawal keselamatan itu daripada pihak ketiga dan seorang lelaki dipercayai tukang kasut.

“Kami amat prihatin dan sedih dengan kejadian tersebut. Tiada sesiapa pun yang wajar diperlakukan sedemikian, dan keselamatan semua pihak di kawasan premis kami sentiasa menjadi keutamaan.

“Pengawal keselamatan terbabit berkhidmat di sebuah syarikat penyedia perkhidmatan keselamatan yang dilantik oleh pihak bank,” katanya.

Menurut kenyataan itu, AmBank bekerjasama dengan pihak berkuasa terlibat dan komited untuk memastikan kejadian sama tidak akan berulang lagi.

“Walau bagaimanapun, kami meminta semua individu mewakili bank, termasuk vendor dan rakan kerjasama untuk mengekalkan tahap profesionalisme tertinggi.

”Terima kasih rakyat Malaysia atas keprihatinan dan rasa hormat terhadap satu sama lain,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap seorang gelandangan yang disiram air dan ditendang dua individu di kaki lima sebuah bangunan mengundang kemarahan netizen selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna Facebook, Lion Wong, gelandangan tersebut pada mulanya dilihat berbaring di kaki lima beralaskan sebuah beg sebelum seorang pengawal keselamatan wanita menyembur air ke arah lelaki tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI