fbpx
TANG JIE dan Ee Wei akhirnya menamatkan kemarau gelaran dalam saingan Jelajah Dunia musim ini selepas muncul juara Terbuka Australia hari ini. - AFP

Terbuka Australia: Tang Jie-Ee Wei sambar kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati status sebagai pilihan utama apabila muncul juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia di Sydney.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Olympic Boulevard sebentar tadi, gandingan No.4 dunia itu mengetepikan cabaran Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu dari Indonesia.

Turun dengan status juara dunia, Tang Jie-Ee Wei mempamerkan aksi cukup mantap sebelum menamatkan pertarungan menerusi kemenangan 21-16, 21-11 dalam tempoh 42 minit.

Kemenangan itu pastinya memberi kelegaan serta tonik tambahan buat mereka menjelang temasya Sukan SEA Thailand 2025 serta saingan Jelajah Dunia Akhir (WTF) di China bulan depan.

Tang Jie-Ee Wei wajar diberikan pujian memandangkan Terbuka Australia merupakan kejohanan pertama mereka selepas kali terakhir beraksi pada Terbuka Perancis bulan lalu.

Selaku juara, Tang Jie-Ee Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$37,525 (RM156,385), pingat serta trofi manakala Jafar-Felisha meraih AS$18,050 (RM75,223) dan pingat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI