fbpx
Sultan Ibrahim

Titah Agong jadi peringatan, tingkat usaha reformasi pendidikan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menekankan keperluan merevolusikan sistem pendidikan negara.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, titah Seri Paduka Baginda menjadi peringatan kepada seluruh warga KPM untuk meningkatkan usaha bagi mereformasi pendidikan negara.

Kata KPM, warga kementerian tersebut akan memberi tumpuan khusus kepada aspek pembentukan karakter murid di peringkat sekolah.

“Pada waktu ini KPM sedang membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2026-2035 selain menyiapkan Kurikulum Persekolahan 2027 yang bakal bermula di prasekolah tahun depan.

“Pembentukan karakter diberikan tumpuan sebagai salah satu inisiatif utama dalam Kurikulum Persekolahan 2027. Pelaksanaannya akan menjadi anjakan strategik bagi memperkasa pembangunan sahsiah dan nilai murni murid secara berstruktur,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut KPM, inisiatif sokongan lain seperti Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dan Program Generasi Madani juga dilaksanakan bertujuan meningkatkan akhlak, adab dan sahsiah diri murid.

“Keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap isu yang berbangkit menjadi panduan kepada kementerian untuk terus memperkukuhkan aspek pembangunan karakter dan kesejahteraan murid,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI