fbpx
Jazmanie (kanan) melihat sistem keluarkan saman pada Operasi Khas Penguatkuasaan VEP di Susur Keluar, Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Bukit Cagar, Johor Bahru malam tadi. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JPJ kutip kompaun hampir RM1.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan kompaun lebih RM1.4 juta sejak penguatkuasaan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di pintu masuk sempadan Malaysia–Singapura bermula 1 Julai lalu hingga kelmarin.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 4,634 saman daripada 65,039 kenderaan individu dan syarikat yang tidak berdaftar VEP.

Menurutnya, kesemua saman itu dikeluarkan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar bandar raya ini termasuk di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.
“Tindakan tegas diambil bagi memastikan pematuhan penuh terhadap kewajipan pendaftaran VEP, khususnya membabitkan kenderaan asing.

“Bermula 15 November lalu, kenderaan syarikat yang masih gagal melengkapkan proses pendaftaran VEP akan dikenakan tindakan saman,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau operasi khas penguatkuasaan VEP di susur keluar BSI, di sini malam tadi.

Menurutnya, dalam tempoh 1 Julai hingga 20 November lalu, kutipan kompaun tertinggi direkodkan di BSI berjumlah RM595,200), diikuti KSAB (RM767,700) dan Taman Daya (RM27,300).

Beliau berkata, bagi tempoh 15 hingga 20 November lalu, sebanyak 159 saman dikeluarkan terhadap pemandu atau pemilik kenderaan yang masih berstatus pradaftar atau gagal mematuhi syarat VEP. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI