PETALING JAYA – Seorang wanita meminta Kod QR daripada empat penghantar makanan, rupa-rupanya mahu bersedekah RM50 setiap seorang sekali gus mengundang pujian dalam kalangan pengguna media sosial.
Menerusi video dimuat naik seorang penghantar makanan tersebut pada TikTok Mjas4580, memperlihatkan sebuah kereta dipandu wanita tersebut meninggalkan kawasan sebuah pusat membeli-belah di Perai, Pulau Pinang selepas memberikan RM50 kepada mereka.
“Terima kasih kak, empat orang kami dapatlah seorang RM50. Minta QR, dia bagi seorang RM50. Alhamdulillah, rezeki,” katanya.
Hantaran berkenaan mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial, selain ada yang berkongsi pengalaman serupa, malah ada juga mendoakan murah rezeki buat pemberi dan penerima.
“Saya pernah juga dapat macam tu. Ambil tempahan Grab, lepas tu ada seorang hamba Allah yang mulia tu, dia minum kat kafe situ. Dia bagi RM50 dengan minta saya balik rumah terus untuk rehat,” kongsi pengguna TikTok Akmal.
“Semoga akak dan pemilik video ini dan semua yang tengok video ini dikurniakan rezeki berlipat kali ganda,” komen Kiki Sahidi.
“Rezeki tak disangka. Orang tak pernah rasa susah duit dalam dompet tinggal RM1 takkan faham rasa syukur sangat-sangat bila dapat rezeki tak disangka begini. Terima kasih banyak orang baik,” kata Me. – KOSMO! ONLINE
@mjas4580 Terima kaseh org baik..dgn order dok slow ni…🤲🤲🤲#fyp #orgbaikramaisayang😘 #ridergrabfood #grabfood #sunwaycarnivalmall ♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays















