fbpx
Tertuduh dipenjara 55 tahun dan 44 sebatan di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini.

Dipenjara 55 tahun, 44 sebatan balasan ‘makan’ empat anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang lelaki berusia 57 tahun terpaksa meringkuk selama 55 tahun dalam penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 13 pertuduhan merogol dan mencabul empat anak tirinya sejak dua tahun lalu.

Hakim N. Priscilla Hemamalini turut memerintahkan tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai buruh binaan dikenakan 44 sebatan bagi semua pertuduhan tersebut. Dia didakwa berulang kali merogol dan mencabul mangsa berusia enam hingga 11 tahun di sebuah rumah dari Disember 2023 hingga Ogos lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTK) 2017. Bagi kesalahan itu, dia dihukum penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan dan diarahkan berjalan secara berasingan sehingga 18 tahun dan 12 sebatan.

Bagi hukuman tambahan di bawah Seksyen 16(1), hakim memerintahkan tertuduh menjalani hukuman 10 tahun penjara serta 10 sebatan.

Tertuduh turut berdepan enam pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa sama.

Bagi kesalahan itu, Hakim menjatuhkan hukuman lima tahun penjara bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlahnya 30 tahun dan 12 sebatan.

Selain itu, lelaki tersebut berdepan satu pertuduhan rogol di bawah Seksyen 376(2)(e) kanun sama melibatkan seorang mangsa berusia 11 tahun pada Mei lalu dan dihukum penjara selama 10 tahun dan dua sebatan.

Bagaimanapun, tempoh keseluruhan penjara terhadap tertuduh adalah selama 55 tahun dan 44 sebatan selepas mengambil kira beberapa pertuduhan yang diarah berjalan serentak.

Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) AKKSTK 2017, lelaki itu diperintah menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh tahanan serta pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Vatchira Wongn Rui Fern, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Tertuduh dihantar ke Penjara Pokok Sena untuk menjalani hukuman tersebut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN