fbpx
Genk merobohkan parit kerana masih belum menerima bayaran daripada pihak berkuasa Pekanbaru. - Lambe Turah

Kontraktor nekad roboh parit, berang belum terima bayaran PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang kontraktor kerja raya nekad merosakkan binaan parit di Pekanbaru, wilayah Riau gara-gara berang tidak menerima bayaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas dia menyelesaikan beberapa projek, lapor laman berita Lambe Turah.

Lelaki bernama Genk itu merupakan kontraktor yang telah mengendalikan projek-projek kecil milik pihak berkuasa Bandar Pekanbaru.

Namun katanya, dia belum menerima sebarang pembayaran selepas lebih setahun menyelesaikan projek-projek kerajaan.

Disebabkan itu, dia nekad merosakkan parit di Jalan Hasan Basri Isnin lalu menggunakan jengkaut sebagai tanda protes.

Bercakap kepada pemberita, Genk berkata, dia telah menyiapkan lima projek serupa di Pekanbaru. Namun, lebih setahun kemudian, dia masih belum menerima bayaran daripada PBT.

“Kami membina untuk rakyat menggunakan wang kami sendiri, tetapi tidak dibayar walau satu sen. Mengapa kami perlu menunggu dua tahun?” katanya.

Genk menjelaskan bahawa sistem perparitan kecil yang dirobohkannya pagi itu telah siap pada Jun 2024. 

Dia bimbang sekiranya bayaran masih tidak diterima bulan ini, tempoh menunggu akan mencecah dua tahun pada tahun depan.

Genk berkata, dia sudah bertahun-tahun bersabar dan diharapkan dengan tindakan itu, PBT segera memenuhi tanggungjawab mereka untuk melunaskan pembayaran bagi semua projek yang telah diselesaikan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN