fbpx
AUSTRIA sekadar mencatat keputusan seri menentang Bosnia, namun ia sudah cukup untuk membawa mereka ke pusingan akhir Piala Dunia. - AFP

WCQ: Austria akhiri penantian 28 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VIENNA – Penantian Austria selama hampir tiga dekad berakhir apabila berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 selepas memenangi aksi kelayakan Kumpulan H dengan mengumpul 19 mata.

Pada perhitungan terakhir yang berlangsung di Stadium Ernst Happel awal pagi semalam, skuad kendalian Ralf Rangnick itu mencatat keputusan seri 1-1 menentang pencabar terdekat, Bosnia Herzegovina.

Austria hanya memerlukan keputusan seri pada perlawanan itu, manakala Bosnia mengharapkan tiga mata bagi membolehkan mereka memintas kedudukan tuan rumah selaku pendahulu saingan Kumpulan H.

Menerusi keputusan tersebut, Austria mendapat tiket kelayakan secara automatik ke pusingan akhir Piala Dunia sementara Bosnia masih memiliki peluang untuk layak menerusi aksi playoff nanti.

“Perlawanan hari ini (semalam) sangat sukar, bukan sesuatu yang mudah buat kami walaupun bermain di tempat sendiri. Apabila anda melepaskan gol, ia sentiasa membuatkan perlawanan menjadi sukar.

“Bagaimanapun, semua pemain memberikan segala-galanya dan ia membuahkan hasil. Saya percaya sekiranya Bosnia bermain seperti ini pada aksi playoff, mereka juga akan layak,” kata Rangnick.

Sebagai rekod, kali terakhir skuad Wunderteam itu beraksi di Piala Dunia adalah pada edisi 1998 yang berlangsung di Perancis, namun langkah mereka tidak jauh apabila tersekat di peringkat kumpulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI