fbpx
Seorang pelanggan memakan sup ayam bersama ginseng di sebuah restoran di Seoul. - AFP

Restoran enggan terima pelanggan makan bersendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Sebuah restoran menjual mi di Bandar Yeosu, Korea Selatan mencetuskan kontroversi apabila meletakkan notis enggan menerima pelanggan yang makan berseorangan, lapor laman berita VNExpress semalam.

Seorang pengguna media sosial memuat naik notis tersebut menyatakan: “Jika anda makan berseorangan, sila bayar untuk dua orang, makan untuk dua orang. Bawa seorang rakan atau datang semula bersama isteri anda.”

 “Kami tidak menjual kesepian,” tambahnya.

Notis itu mencetuskan perdebatan netizen yang mempersoalkan peraturan tersebut.

“Mengapa kaitkan makan berseorangan dengan kesepian?” kata seorang netizen.

“Restoran ini tidak menghargai pelanggan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN