fbpx
Gambar hiasan

Pendapatan pelaburan 9 bulan KWSP RM64 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.99 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2025, meningkat 11 peratus berbanding RM57.57 bilion dalam tempoh sama tahun lalu. 

Jumlah pendapatan pelaburan bagi suku ketiga adalah sebanyak RM25.07 bilion, meningkat 27 peratus berbanding RM19.67 bilion tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pertumbuhan 11 peratus dalam jumlah pendapatan pelaburan serta 12 peratus dalam aset di bawah pengurusan adalah hasil pelaksanaan alokasi aset strategik yang membolehkan pihaknya mengambil peluang daripada pemulihan pasaran ekuiti pasca ‘Liberation Day’ (pengumuman tarif timbal balik amerika Syarikat). 

“Kami yakin terhadap kekuatan ekonomi Malaysia yang merangkumi 61 peratus portfolio KWSP, di samping melaksanakan strategi pelaburan global yang menyumbang 53 peratus (RM13.33 bilion) daripada jumlah pendapatan pelaburan pada suku ini.

“KWSP kekal berwaspada memasuki suku keempat. Pertumbuhan dalam pasaran ekuiti global telah meningkatkan penilaian, manakala petunjuk ekonomi global yang tidak sekata boleh memperlahankan penurunan kadar faedah. 

“KWSP menguruskan risiko-risiko ini secara aktif dengan mempercepatkan pengambilan keuntungan pada kadar yang mungkin sukar dilaksanakan pada suku keempat,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI