fbpx
Dr. Zaliha (dua dari kanan) bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusoff pada majlis perasmian penutupan BAF2025, di Labuan, malam tadi.

BAF2025 catat 35,000 pengunjung, pelancongan di Labuan terus digilap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Usaha memperkukuh potensi pelancongan di Labuan terus diperkasa apabila program Borneo Arts Festival 2025 (BAF2025) berjaya menarik kehadiran seramai 35,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjuran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu sekali gus melepasi sasaran awal sebanyak 30,000 orang.

Menurutnya, kejayaan BAF2025 bukan sekadar pencapaian angka pengunjung, sebaliknya menunjukkan bagaimana elemen seni, budaya dan komuniti mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat.
“Terima kasih kepada semua pengunjung dan tahniah saya ucapkan kepada semua yang menjayakannya.

“Apa yang lebih utama adalah limpahan ekonomi yang diterima oleh penduduk tempatan melalui perbelanjaan langsung oleh para pengunjung,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata pencapaian itu membuktikan bahawa aktiviti berkaitan ekonomi jingga seperti festival seni dan budaya mampu menjadi pemangkin kepada kesejahteraan komuniti setempat.

“Di bawah payung Pesona 3W: 3 Cerita 1 Jiwa, Labuan akan terus dihidupkan sebagai destinasi pelancongan yang bukan sahaja menarik minat pelawat, tetapi turut memberi nilai tambah kepada rakyat Labuan secara keseluruhan,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI