fbpx
Mohammad Fahmi ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Negeri Selangor, Shah Alam. Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

Ahli GISBH akan didakwa lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Beberapa ahli GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Exco Hal Ehwal Agama Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan pendakwaan itu ekoran kes-kes yang didakwa melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri.

Beliau bagaimanapun enggan memaklumkan sama ada permohonan pendakwaan itu dibuat di mahkamah jenayah atau syariah.
“Saya rasa dan yakin, masih akan ada pendakwaan dibuat daripada kerajaan negeri kepada kepada beberapa individu GISBH. Jangkaan pendakwaan itu, kita ikut mahkamah dengan kita kena fail dulu permohonan.

“(Adakah libatkan ahli pengurusan tertinggi termasuk CEO) No komen, tunggu pendakwaan rasmi, ” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Menurut beliau, pemulihan terhadap ahli-ahli GISBH telah selesai dilakukan dengan pemantauan berterusan akan dilakukan kepada mereka yang terlibat itu.

Ujarnya, mereka yang dibebaskan itu telah menjalani hukuman sepatutnya dengan telah berkelakuan yang baik dibawah peruntukan undang-undang.

“Jadi, bukan soal kesalahan dibuat tetapi tiada hukuman. Kesalahan itu telah ada, jadi untuk kesalahan yang ada itu mereka telah menjalani tempoh hukuman yang minimum dan dibebaskan,” katanya.

Kosmo! pada 7 November lalu melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd. Ali dan 12 lagi tertuduh lelaki telah dibebaskan setelah selesai menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh selama 13 bulan dan 20 hari.

Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menganggotai satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang dengan Mahkamah Tinggi memerintahkan hukuman penjara 15 bulan bagi terhadap 12 lelaki GISBH dari tarikh tangkap pada 25 September lalu manakala sembilan tertuduh wanita masing-masing didenda RM4,500.

Untuk rekod juga, sejumlah 230 pertuduhan penggubahan wang haram (AMLA) bernilai lebih 2.41 juta membabitkan CEO dan tiga bekas akauntan GISBH dipindahkan untuk dibicarakan bersama di hadapan Hakim Datin Fatimah Zahari pada 29 Januari 2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN