TEL AVIV – Satu rakaman video dari bandar Rosh Ha’ayin memaparkan kilat menyambar sebuah pokok palma ketika ribut melanda seluruh Israel, lapor akhbar Times of Israel kelmarin.
Kejadian menyebabkan siri letupan di kawasan itu kerana pokok tersebut dipercayai terletak berhampiran talian elektrik.
Pokok itu juga terbakar selepas dipanah petir sehingga menakutkan penduduk.
Cuaca ribut menjejaskan seluruh Israel, menyebabkan pelbagai gangguan dan kejadian luar biasa.
Sementara itu, di Tel Aviv, balkoni sebuah bangunan runtuh di Jalan Gruzenberg dan seorang penduduk cedera.
Di Ramat Gan pula, mesin pengering pakaian menyebabkan letupan di sebuah apartmen akibat kegagalan elektrik.
Lebih 15 pesawat mengalami kelewatan mendarat akibat cuaca buruk di Lapangan Terbang Ben Gurion dekat Tel Aviv. – AGENSI















