fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan lelaki mencabul wanita tertidur di sebuah dobi layan diri di Batu Caves.

Wanita dicabul dalam dobi layan diri di Batu Caves

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang wanita yang sedang tidur di bangku sebuah dobi layan diri 24 jam di Batu Caves.

Menerusi hantaran Threads penyanyi rap Caprice, memaparkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) lelaki tersebut menghampiri wanita berkenaan sebelum dipercayai menyentuh bahagian badan mangsa tanpa kebenaran.

“Siapa yang kenal lelaki ini, tolong hubungi pihak polis. Kepada wanita di luar sana, hati-hati bila pergi dobi tengah malam dan sentiasa bawa kawan sekali,” ujarnya.

Tinjauan Kosmo! mendapati pihak berkuasa sedang melakukan siasatan lanjut atas lelaki berkenaan yang dipercayai pelajar kolej sebuah universiti.

Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen termasuk yang berang dengan tindakan tidak bermoral yang dilakukan lelaki berkenaan.

“Tolong mandulkan lelaki ini supaya tak lahirkan keturunan yang perangai tidak bermoral seperti ini!,” komen @_.Nuraisyaaae

“Mungkin perempuan itu terlalu penat sehingga tertidur tapi bukan peluang untuk lelaki buat perkara tidak senonoh. Semoga cepat tertangkap supaya tiada mangsa lain,” komen @Datin_dyy –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI