PUTRAJAYA – Golongan T20 dan pekerja profesional menjadi antara individu paling ramai membuat pinjaman dengan along, sekali gus mendedahkan realiti sebenar kehidupan kumpulan itu di sebalik gaya hidup mewah yang dipamerkan. Lebih mengejutkan apabila ada dalam kalangan peminjam tersebut terdiri daripada individu bergelar Tan Sri dan Datuk Seri. Mendedahkan perkara itu, Ketua Perunding Unit Banteras Ah long, Pusat Pengajian al-Quran dan Fardhu Ain DM, Adam Mustapa berkata, mereka ini merupakan sebahagian daripada 80,000 mangsa along yang kini berada dalam radar……















