LONDON – Sebuah rumah berkembar yang mengandungi pencawang elektrik voltan tinggi di lamannya di diiklankan untuk dijual pada harga cuma £190,000 (RM1 juta), lapor akhbar The Sun UK.
Hartanah itu terletak di perkampungan Stanley, Derbyshire, England.
Kediaman tersebut dilengkapi tiga bilik tidur, bilik mandi, ruang istirahat, dapur, ruang makan, dan tempat letak kenderaan persendirian.
Meskipun kelihatan biasa dari luar, rumah itu mempunyai sebuah pencawang elektrik yang terletak beberapa meter dari konservatori.
“Kami berbesar hati untuk menawarkan rumah berkembar ini kepada keluarga baharu. Ia terletak di tengah perkampungan Stanley dan menawarkan ruang luas dan tenang,” kata ejen hartanah, Burchell Edwards.
Rumah itu diiklankan di laman web Rightmove, lapor laman berita Luxury Property News. – AGENSI















