fbpx
IRAOLA dilapor memiliki gaya permainan dan mentaliti mirip Guardiola menyebabkan pihak pengurusan City berminat membawanya ke Etihad. - AFP

EPL: City jumpa pengganti Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Selain memberikan fokus untuk memastikan mereka mampu meraih penamat terbaik musim ini, pihak pengurusan Manchester City juga sibuk mengenalpasti pengganti terbaik Pep Guardiola.

Pengurus dari Sepanyol itu bakal mengakhiri tugasnya di Etihad pada Jun 2027, namun berdepan kemungkinan meninggalkan pasukan itu lebih awal menyebabkan pelbagai spekulasi timbul mengenai penggantinya dengan Mikel Arteta disebut sebagai calon utama.

Bagaimanapun, sumber dalam kelab berkenaan menyebut bahawa pengurus Arsenal tersebut bukanlah satu-satunya pilihan sebaliknya mereka turut memantau secara dekat perkembangan Pengurus Bournemouth, Andoni Iraola.

Pihak pengurusan City dikatakan melihat keistimewaan yang dimiliki Iraola yang turut dikenali sebagai pakar taktikal, malah memiliki gaya permainan yang tidak terlalu jauh berbanding Guardiola.

Pengurus yang berasal dari Basque itu mengharungi tempoh karier yang cukup baik ketika mengemudi Athletic Bilbao sebelum berhijrah ke Stadium Vitality pada 2023 dan membantu pasukan itu menjadi antara pasukan yang berada dalam kelompok 10 terbaik.

Prestasi berkenaan menjadikan Iraola dilapor muncul sebagai pilihan utama terutama mengenai keberaniannya merencanakan gaya permainan terbuka biarpun berdepan pasukan-pasukan besar.

Selain Iraola, City juga turut mempertimbangkan untuk membawa pulang legenda dan bekas kapten pasukan itu, Vincent Kompany yang kini sedang menikmati tempoh terbaik karier kejurulatihannya bersama Bayern Munich.

Pengendali berusia 39 tahun itu membuat 360 penampilan bersama City dan menjulang empat gelaran Liga Perdana Inggeris menyebabkan beliau juga berada dalam senarai calon menggantikan Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN