fbpx
Gambar menunjukkan selipar yang digunting oleh guru berkenaan. - Facebook

Guru gunting selipar pelajar tak mampu beli kasut sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang guru di Rokan Hilir, wilayah Riau menerima kecaman orang ramai kerana didakwa menggunting selipar milik seorang pelajar yang tidak mampu untuk membeli kasut sekolah, lapor portal berita Sabangmerauke News. 

Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri 3 Sinaboi. 

Imej dimuat naik di platform Facebook memaparkan pelajar perempuan terbabit memegang selipar yang rosak akibat digunting. 

Imej lain pula menunjukkan ayah kepada pelajar itu terbaring dalam keadaan lemah di sebuah hospital tempatan. 

“Pelajar itu berasal dari keluarga susah. Ibunya merupakan seorang buruh, manakala bapanya sedang sakit. Dia terpaksa memakai selipar ke sekolah kerana tidak mampu untuk membeli kasut,” demikian menurut keterangan imej itu. 

Hantaran itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial. 

“Seharusnya seorang guru mempunyai kebijaksanaan, bukan selamba gunting selipar pelajar yang tidak mampu,” tulis seorang netizen.

“Lebih baik dibelikan kasut baharu dan selesaikan secara baik,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI