fbpx
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di bilik guru displin SBP Integrasi Sungai Lang, Sabak Bernam.

Gempar bilik guru displin SBP Sungai Lang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Suasana pembelajaran di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Sungai Lang, di sini, kecoh seketika selepas bilik guru displin terbakar dalam kejadian pagi ini.

Kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.56 pagi dengan tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, pasukan bomba kemudiannya tiba pukul 9.13 pagi susulan jarak hampir 25 kilometer dari balai berkenaan.

Keadaan bilik guru displin SBP Integrasi Sungai Lang, Sabak Bernam yang musnah dalam kebakaran.

“Kebakaran melibatkan bilik guru di tingkat bawah bangunan kelas A dengan keluasan anggaran 8 X 10 kaki persegi.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 9.20 pagi dengan anggaran kemusnahan hanya sekitar 10 peratus,” katanya hari ini.

Jelasnya, tiada mangsa terlibat dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI