fbpx
Pemancing maut disambar petir di Jeti Nelayan Teluk Baru, Langkawi malam tadi.

Pemancing maut disambar petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Seorang lelaki maut akibat disambar petir selepas pulang daripada melakukan aktiviti memancing di perairan ini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, kejadian berlaku di Jeti Nelayan Teluk Baru pada pukul 7.50 malam ketika hujan.

“Mangsa sempat mencuci bot dan menunaikan solat maghrib sebelum pulang walaupun cuaca hujan kerana dia mengadu dalam keadaan basah dan sejuk. Mangsa kemudian mengambil motosikal dan ketika mahu mengambil barang pancing, dia telah disambar petir lalu terjatuh ke bawah jeti,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, sejurus kejadian, mangsa dipercayai rebah di tangga jeti sebelum jatuh ke laut dan rakan-rakannya serta orang awam mengangkat mangsa ke atas bot sebelum dibawa ke darat.

Khairul Azhar berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha sebelum disahkan meninggal dunia pada 9.35 malam tadi.

Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut ,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI