fbpx
LING CHING menunjukkan semangat juang cukup tinggi ketika menewaskan Li di pusingan kedua Kumamoto Masters hari ini. - AFP

Kumamoto Masters: Ling Ching ‘hantar pulang’ pilihan kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching melakar kejutan pada Kejohanan Badminton Kumamoto Masters di Jepun apabila berjaya meneruskan kemaraan ke suku akhir.

Lebih manis, dia berjaya menewaskan pilihan kelima dari Kanada, Michelle Li, iaitu pemain yang berada di ranking jauh lebih tinggi menerusi aksi tiga set 21-17, 16-21, 21-19 di pusingan kedua sebentar tadi.

Turun sebagai pemain bukan pilihan, Ling Ching membuatkan Li terpaku seketika apabila menampilkan aksi cukup baik bagi memenangi set pertama.

Li yang berada di ranking ke-15 dunia kemudiannya memperkemaskan permainan di set kedua sebelum menang 21-16 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Memasuki set ketiga, Ling Ching pada awalnya ketinggalan 11-16, namun ia langsung tidak mematahkan semangat juangnya untuk mengutip mata demi mata dan merapatkan kedudukan.

Ketika kedudukan terikat 17-17, pemain No.63 dunia itu tidak lagi menoleh ke belakang apabila terus mempamerkan aksi cukup baik sebelum menang 21-19 dan mara ke suku akhir.

Bagaimanapun, Ling Ching tidak berdepan aksi mudah di suku akhir esok apabila dijadualkan bertemu bekas juara dunia dari Thailand, Ratchanok Intanon. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI