NAMA saintifik ikan ini ialah Anodontostoma chacunda. Fizikalnya bertubuh nipis tetapi lebar. Memiliki tanda hitam di kiri dan kanan selepas penutup insang, bersisik besar berwarna keperakan, ekor bercabang dan bertulang banyak. Saiz ikan ini kecil sahaja sekitar 14 hingga 22 sentimeter (sm). Ikan ini biasanya hidup di pesisir pantai dan akan masuk ke kawasan estuari serta sungai-sungai berair masin. Selalunya, ikan ini kami dapat di kawasan muara dan kebanyakannya betina kerana ia mempunyai telur. Ikan kebasi yang digoreng garing. Mungkin……














