fbpx
Hantaran ‘permohonan maaf’ yang dimuat naik oleh PHM.

Kami mohon maaf, kami hanya berkongsi kebenaran – PHM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Laman Facebook popular, Public Health Malaysia (PHM) tampil memohon maaf atas beberapa kesan sampingan yang tidak dijangka sejak mula aktif di media sosial pada 2015.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik hari ini, PHM berkata, niat mereka hanyalah untuk berkongsi maklumat kesihatan kepada masyarakat, namun tidak menyangka pengaruhnya kini begitu besar sehingga memberi kesan kepada pelbagai pihak.

“Sejak kempen bahaya merokok dan vape dilaksanakan, industri itu terus merosot. Ketika jerebu, mesin penapis udara habis dijual. Zaman Covid-19 pula, pulse oximeter dan ‘sanitizer’ jadi barang panas. Baru-baru ini, ‘mini stepper’ pun naik harga sebab ramai mula bersenam di rumah.

“Setiap pagi, ada yang buka telefon bukan untuk tengok cuaca, tapi untuk lihat apa yang PHM post hari ini,” katanya.

Menurut PHM, semakin banyak halaman lain kini menulis seperti mereka, namun pihaknya menganggap perkara itu sebagai penghargaan selagi mesej yang dibawa memberi manfaat kepada masyarakat.

“Jika semua ini mengganggu algoritma anda, kami mohon maaf. Kami hanya buat apa yang sepatutnya iaitu berkongsi kebenaran dengan cara yang orang sanggup baca,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI