fbpx
ANGGOTA PGA memantau kawasan sempadan Malaysia-Thailand dari salah satu pos kawalan di Chuping, Perlis. - Gambar hiasan

208 migran, tekong ditahan di Perlis sejak 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Seramai 208 migran dan tekong ditangkap dalam operasi Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) di Perlis sejak tahun lalu hingga bulan lepas.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, jumlah itu membabitkan 156 migran dan 52 tekong.

“Daripada keseluruhan angka itu, 34 tekong dan 105 migran diberkas pada tahun 2024, manakala 18 tekong dan 51 migran ditahan sehingga Oktober tahun ini,” katanya selepas merasmikan Program Town Hall Discussion Atipsom 2025 di sini hari ini. Kata beliau, sindiket dikesan menggunakan modus operandi seperti kenderaan pemerhati bagi memastikan laluan selamat sebelum membawa migran melalui laluan tikus.

“Sindiket turut menggunakan dron selain kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta sedan untuk memuatkan migran serta sering bertukar-tukar laluan bagi mengaburi risikan pihak berkuasa,” katanya

Menurutnya, polis mengenal pasti 22 ‘hotspot’ dan laluan tikus yang sering digunakan sindiket di Padang Besar dan Chuping.

“Sindiket juga dikesan menggunakan dron bagi memantau pergerakan di laluan sempadan hingga proses serahan kepada ‘transporter’, selain menggunakan kenderaan pemerhati sebelum memulakan operasi pemindahan migran,” ujarnya.

Jelasnya, penggunaan televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan sempadan berpagar membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memintas pergerakan sindiket. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI