fbpx
Tangkap layar klip video yang memaparkan Ustaz Muhammad James ketika ditemubual sekumpulan media malam semalam.

[VIDEO] ‘Sejak 20 tahun tinggal di Meru, ini paling ramai hadir ke kubur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – ‘Sepanjang 20 tahun saya tinggal di Meru (Ipoh), ini kematian paling ramai dalam sejarah (yang mengiringi ke kubur) kami di Meru ini,’

Demikian luahan Muhammad James Wegan yang juga seorang ustaz sebuah madrasah tahfiz yang membacakan talkin buat arwah Nassry Mardee Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran Cikgu E di Tanah Perkuburan Meru Raya petang malam semalam.

Menerusi perkongsian di media sosial, ustaz berkenaan memberitahu, kehadiran pelawat yang memberikan penghormtan terakhir buat arwah Cikgu E itu amat luar biasa.

“Kalau tanya saya kenapa orang ramai macam ni, antara amalan istimewa dia adalah sedekah.

“Banyak saya lihat kes-kes meninggal dunia dan kematian yang dicemburi seperti ini (kematian Cikgu E) semuanya sebab sedekah dan selalunya dia (simati) tidak berkira dengan orang,”katanya.

Menjelaskan tentang amalan yang pernah dilakukan Cikgu E sebelum meninggal dunia, ustaz berkenaan berkata, arwah selalu membantu anak-anak tahfiz di madrasahnya.

“Sejak madrasah kami ditubuhkan sembilan tahun lalu, dia (arwah) yang selalu membantu kami, sampaikan pernah dia buka satu kedai runcit (mart) dia minta pelajar madrasah kami datang untuk ambil apa sahaja barang.

“Dialah juga yang melatih pelajar madrasah kami untuk kenal media, dan dia train (latih) macam mana untuk jadi photographer tanpa sebarang bayaran.

“Di saat beliau sakit, pun dia masih offer dekat saya nak ajar saya macam mana nak guna Facebook untuk buat duit bagi madrasah,”luahnya.

Selain itu menolong madrasah dan anak tahfiz, ustaz berkenaan memberitahu, arwah Cikgu E juga banyak membantu rakan-rakan dan madrasah lain.

“Ketika dia tengok kawan-kawan yang nak jual barang, nak jual kereta, jual motor, tak laku, dialah bantu gunakan Facebook dia selalu untuk tolong promote (promosi) tanpa dia ambil apa-apa bayaran pun.

“Kebaikan-kebaikan beliau (arwah) yang sangat banyak. Selain madrasah kami, ada juga madrasah lain yang beliau (arwah) bantu),”ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Cikgu E disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.35 petang semalam dan berita itu dikongsi
menerusi hantaran di Facebook Allahyarham.

Sebelum ini kisah Cikgu E tular di media sosial apabila dirinya bertarung nyawa melawan penyakit kanser paru-paru tahap empat.

Kisah Allahyarham menjadi inspirasi orang ramai apabila sentiasa tersenyum dan tidak pernah menyerah walaupun hanya mempunyai 30 peratus baki saluran pernafasan yang masih berfungsi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN