fbpx
Abd. Razak dilaporkan hilang sejak 11 Oktober lalu.

‘Dah sebulan Tok Wan hilang, mana Tok Wan pergi?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sudah 32 hari berlalu sejak kehilangan seorang warga emas, Abd. Razak Abd. Rahman, 88, dari Kampung Batu 7, Jalan Kroh, Baling, Kedah namun sehingga kini masih belum dijumpai.

Cucunya menerusi hantaran di Thread @JihaIbrahim memaklumkan keluarganya masih menaruh harapan agar warga emas itu ditemukan dalam keadaan selamat walaupun pelbagai usaha mencari telah dijalankan.

“Perkembangan hari ke-32. Tok Wan saya masih belum dijumpai. Maaf atas kelewatan ‘update’ sebab saya kurang sihat. Apa pun saya mohon semua teruskan berdoa dan bantu kami mencari Tok Wan. Hari-hari kami tunggu Tok Wan balik,” tulisnya.

Menurutnya, pelbagai ikhtiar telah dilakukan termasuk bantuan orang kampung, pasukan keselamatan dan pihak berkuasa, namun masih tiada sebarang petunjuk atau tanda keberadaan Abd. Razak.

“Bermacam cara sudah cuba tapi tiada hasil. Saya sedih sebab tiada tanda-tanda langsung pasal Tok Wan saya. Mana Tok Wan pergi? Sebulan dah Tok Wan hilang. Makan, tempat berteduh, kesihatan Tok Wan macam mana? Ya Allah, lindungilah Tok Wan ku,” luahnya lagi.

Dalam hantaran lain, cucunya turut menafikan andaian sesetengah pihak bahawa warga emas itu mungkin sudah meninggal dunia.

“Kalau Tok Wan dah tiada, mesti jumpa jasad atau kain baju, tongkat dia. Tapi tiada langsung. Setiap hari ada pencarian, tapi memang tak jumpa semua tu,” katanya.

Kehilangan Abd. Razak dilaporkan sejak pagi 11 Oktober lalu apabila warga emas itu keluar dari rumahnya tanpa diketahui arah tuju.

Abd. Razak yang berketinggian 140 sentimeter, berat 50 kilogram, berambut putih, bulu kening halus, janggut dan misai putih dan badannya bongkok dilaporkan hilang sejak pukul 8 pagi 11 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN